Pentagon tak ikut arahan Presiden Trump
Arahan Presiden Amerika Syarikat
(AS), Donald Trump melarang penyertaan golongan transgender dalam pasukan
tentera mungkin tidak dilaksanakan.
Setiap usaha Pertahanan, Jim Mattis,
yakin Rumah Putih akan memberi garis panduan tambahan berhubung isu berkenaan
namun Pentagon memiliki pandangan sendiri.
Baca juga
- Rates are Rising and Time is Running Out to Fix Prices, Borrowers Told
Mattis berkata, isu berkenaan amat
rumit untuk diputuskan dalam jangka masa singkat.
"Dasar ini akan memutuskan sama
ada golongan transgender dibenarkan untuk berkhidmat, keadaan yang membenarkan,
jenis bantuan perubatan diperlukan atau jangka hayat perkhidmatan mereka,"
katanya.
Ditanya sama ada Pentagon akan terus
menggunakan khidmat golongan berkenaan, Mattis berkata, ia akan dikaji secara
terperinci sebelum sebarang keputusan akhir dibuat.
Dalam siri status yang dimuat naik di
akaun Twitternya, Trump mengumumkan menarik semula dasar dilaksanakan Barack
Obama sebelum ini yang membenarkan golongan transgender berkhidmat secara
terbuka dalam pasukan tentera.
Rumah Putih belum memberi panduan
rasmi kepada Pentagon bagi memperincikan pengharaman terbabit atau nasib yang
bakal menimpa anggota transgender sedia ada. - AFP
Belum ada Komentar untuk "Pentagon tak ikut arahan Presiden Trump"
Posting Komentar